Anda di sini

Jangan rumitkan siasatan dengan sebarkan spekulasi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta bersikap lebih sensitif dan mengelak daripada menyebar spekulasi berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang boleh merumitkan lagi usaha mengesan pesawat.

Menggesa demikian, seorang anggota Parlimen Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata terdapat dalam kalangan rakyat negara ini yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk kononnya ada konspirasi terancang kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kehilangan MH370.

“Malah setiap kali berlaku (sesuatu kejadian), ada yang menyalahkan kerajaan. UMNO dan BN sering menjadi sasaran. Sedangkan kita sepatutnya bersikap lebih sensitif mengelak daripada menyebarkan spekulasi yang boleh merosakkan keadaan.

Shamsul (BN-Lenggong) berucap pada sidang Dewan Rakyat di sini semalam, membahaskan usul menjunjung kasih Titah Diraja.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac.

Shamsul berkata beliau kesal apabila terdapat pihak yang tergamak mengejek serta menjadikan insiden itu sebagai bahan jenaka selain merendah-rendahkan usaha mencari dan menyelamat (SAR). — Bernama

Advertisement