Anda di sini

Dua pelajar IPTS pukul pekerja kedai permainan video ditangkap

Advertisement

DITAHAN: Suspek ditangkap di sebuah IPTS, semalam.

KUCHING: Polis menangkap dua pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang dipercayai memukul pekerja kedai permainan video di sebuah pusat beli-belah di Lebuh Pearl, di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek bermain permainan video di pusat beli-belah tersebut tanpa membayar.

Ketika disuruh membayar, difahamkan kedua-dua lelaki dalam lingkungan awal 20-an itu naik angin.

Difahamkan, suspek seterusnya menghubungi rakan-rakannya untuk menyerang mangsa.

Mangsa mengalami kesan lebam dan luka ekoran serangan tersebut.

Laporan polis seterusnya dibuat untuk tindakan selanjutnya.

Susulan laporan tersebut, sekumpulan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menangkap suspek-suspek di sebuah IPTS di Jalan Canna sekitar jam 10 pagi semalam dan membawanya ke ke balai polis untuk membantu siasatan.

Siasatan masih diteruskan.

Advertisement