KUCHING: Majlis Sukan Sekolah Sarawak (MSSS) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menganjurkan Kejohanan Catur Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2014 pada 24 hingga 28 Mac ini di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak.
Menurut kenyataan akhbar di sini semalam, majlis perasmian pembukaan kejohanan akan dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Sarawak, Datu Abdillah Adam pada jam 2 petang.
Manakala majlis penyampaian hadiah dan penutupan kejohanan disempurkankan oleh Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah pada jam 3 petang.
Pertanyaan lanjut mengenai kejohanan boleh menghubungi Paul Law Nai di talian 082-473646.