Anda di sini

Seorang lelaki menjadi mangsa rompakan

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki menjadi mangsa rompakan yang bersenjatakan pisau ketika menunggu rakannya di sebuah dermaga di Jalan Khoo Peng Loong di sini pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 4 pagi, mangsa yang berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa dua individu lelaki mendekati dirinya.

“Salah seorang bersenjatakan pisau mengarahkan saya menyerahkan barangan berharga kepadanya,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, di sini semalam.

Mangsa memberitahu, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang tunai RM100 dan dokumen pengenalan diri.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa dikatakan menaiki penerbangan dari Sabah untuk menghadiri kursus di Miri sebelum tiba di Sibu.

Advertisement