Anda di sini

Polis tahan tujuh individu terlibat judi siber haram

Advertisement

RAMPAS: Pegawai Kanan Penyiasatan ASP Yeoh Chun Shyan (kiri) merekod barangan dirampas dalam serbuan di Sibu kelmarin.

SIBU: Polis menahan tujuh individu terlibat dalam perjudian siber haram dalam dua serbuan di sini kelmarin (Sabtu).

Dalam serbuan pertama, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia antara 16 hingga 51 tahun di sebuah premis tingkat bawah, Jalan Mahsuri di sini sekitar jam 4.45 petang.

Polis merampas 14 set komputer dan wang tunai RM800.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 42 tahun dan wanita berusia 20 tahun ditahan dalam serbuan kedua di sebuah premis, tingkat satu sebuah kedai di Jalan Channel di sini.

Dalam serbuan jam 10 malam, polis turut merampas 13 set komputer dan wang tunai RM3,000.

Advertisement