Anda di sini

Pelajar cemerlang dialu-alukan lanjut pengajian di Kolej Yayasan UEM

Advertisement

KUCHING: Kolej Yayasan UEM (KYUEM) mengalu-alukan pelajar yang cemerlang akademik dan kokurikulum memohon melanjutkan pengajian di kolej itu, bagi pengambilan Julai 2014.

Permohonan dibuka dari 17 Mac hingga 31 Mei 2014.

KYUEM milik Yayasan UEM dan sebahagian daripada Kumpulan UEM.

Kolej itu menawarkan program A-Level menerusi CIE (Cambridge International Examinations).

Oleh itu, mereka menyediakan pendidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, membolehkan mereka menerokai pengetahuan dan pada masa sama menguasai teknologi-teknologi baharu dan persediaan belajar di universiti-universiti paling berprestij di dunia.

Dalam era globalisasi, KYUEM dapat memenuhi impian pelajar dengan mempersiapkan mereka mencapai kemampuan akademik terbaik.

KYUEM berada di kedudukan ketiga bagi sekolah Tahap A di Asia Tenggara selepas Raffles Institution dan National Junior College of Singapore.

Majoriti pelajarnya adalah pelajar terbaik negara. Pelajarnya  yang mendapat biasiswa biasanya lebih 50 peratus daripada jumlah pelajar di seluruh negara.

Mereka ditaja Kerajaan Malaysia, PETRONAS, UEM, Sime Darby, Bank Negara, Maybank, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), YPPB, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yayasan Tenaga Nasional , Yayasan Telekom, Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dam organisasi negeri seperti Yayasan Terengganu.

Pada Julai tahun ini, program pembinaan tempat penginapan akan memastikan KYUEM dapat menyediakan tempat tinggal selesa kepada sehingga 520 pelajar dalam vila-vila yang serba moden.

Tambahan mereka berbangga menerima anugerah lima bintang daripada MYQuest, sah hingga 2015.

Testimosi seterusnya mengenai pencapaian kolej  itu ialah keputusan cemerlang pelajarnya dalam CIE.

Ini merangkumi kejayaan terbaik dalam negara dan terbaik di peringkat dunia dalam subjek Inggeris, Sastera, Perakaunan, Biologi, Sejarah dan Pengkomputeran.

Kolej itu juga dinamakan sebagai antara pusat pendidikan terbaik untuk Cambridge A-Level Examinations, dengan peratusan tinggi pelajar memperoleh sekurang-kurangnya tiga gred A.

Pelajar biasanya memerlukan gred seperti itu untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terbaik di United Kingdom.

Hampir 80 peratus pelajarnya mendapat pencapaian seperti itu setiap tahun.

Mereka amat berbangga dengan pencapaian cemerlang yang mendapat tempat di universiti-universiti terkenal British serta Irish Medical Consortium.

Sejak bertahun-tahun, pelajar mereka telah berjaya mendapat tempat di universiti-universiti seperti Oxford and Cambridge, Kolej Universiti London seperti Imperial, LSE dan UCL, serta universiti-universiti kelas terbaik di Amerika Syarikat dan Australia.

Menurut Pengetua KYUEM Dr Paul Rogers: “Dunia pendidikan tidak pernah statik dan institusi-institusi pendidikan terbaik dunia terlibat secara konsisten bagi memastikan yang terbaik untuk pelajar mereka.

“Mereka sentiasa berpegang kepada kepercayaan dan berikrar bahawa pelajar sentiasa diutamakan di Kolej Yayasan UEM.”

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 603-64601234 atau melayari www.kyuem.edu.my.

Kolej Yayasan UEM (KYUEM) menyertai Pameran Pendidikan Antarabangsa Borneo Post (BPIEF) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 22-23 Mac, 10 pagi hingga 6 petang.

Advertisement