Anda di sini

PDRM imbangi komposisi kaum turut serta jaga keselamatan negara

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kaum Cina masih menjadi kaum yang paling kurang menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Katanya, statistik menunjukkan jumlah penglibatan kaum itu dalam PDRM adalah amat kritikal dan tidak menggambarkan komposisi kaum dalam negara ini.

“Daripada 111,395 anggota polis beruniform pelbagai pangkat di seluruh negara, kaum Cina adalah sebanyak 1.77 peratus, bersamaan 1,974 orang sahaja,” katanya kepada media dalam satu Wawancara Khas sempena Hari Polis ke-207 baru-baru ini.

Beliau berkata bagi jawatan pegawai kanan berpangkat Inspektor dan ke atas pula, PDRM hanya memiliki 791 orang kaum Cina bersamaan 6.8 peratus manakala bagi anggota pangkat rendah pula adalah sebanyak 1,103 atau 1.2 peratus sahaja.

Mohamad Fuzi berkata PDRM menyasarkan pengambilan sebanyak 5,000 orang atau lebih lima peratus kaum Cina dalam masa terdekat.

Katanya, sebagai sebuah negara berbilang kaum dan etnik, tugas menjaga keamanaan tidak harus dipikul atau didominasi sesuatu kaum sahaja.

“Kaum Cina perlu merebut peluang kerjaya yang disediakan PDRM agar tanggungjawab dan amanah untuk menjaga ketenteraman negara ini dapat dipikul bersama.

“PDRM sentiasa berusaha mengimbangi komposisi kaum di kalangan anggotanya, katanya kepada media dalam satu Wawancara Khas sempena Hari Polis ke-206,” katanya.

Beliau berkata bagi mengatasi masalah itu, PDRM, katanya, bermula 2 Mac lepas, telah membuat usaha promosi dan mengiklankan jawatan pegawai dan anggotauntuk kaum Cina menyertai PDRM, yang mana proses ini akan berakhir pada 30 Aprildepan.

“Eksesais pengambilan khas yang kita lakukan ketika ini adalah untuk mengimbangkan komposisi kaum dalam pasukan. Kita perlu gambarkan negara kita ini berbilang kaum dan etnik,” kata beliau.

Mohamad Fuzi berkata dengan adanya penglibatan kaum Cina dalam pasukan, ia akan memudahkan tugas-tugas siasatan yang melibatkan kaum itu termasuk menterjemah bahasa Cina. — Bernama

Advertisement