Anda di sini

Pandelela rangkul pingat kedua di Beijing

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamng meneruskan aksi cemerlang selepas merangkul pingat kedua pada pusingan pembukaan Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Beijing, China semalam.

Penerjun Sarawak berusia 21 tahun itu berjaya mendapat pingat perak dalam acara final individu 10m platform wanita dengan mengumpul 368.50 mata, selepas merangkul pingat gangsa bersama Leong Mun Yee dalam acara platform 10m seirama, Jumaat lalu.

Acara individu itu dimenangi oleh pemenang emas Sukan Olimpik London 2012, Liu Huixia dari China dengan mengumpul 412.90 mata manakala pingat gangsa diperoleh oleh penerjun Great Britain, Tonia Couch dengan 357.90 mata.

Hanya tiga penerjun utama daripada setiap daripada dua pusingan awal layak ke pusingan akhir.

Pusingan kedua kejohanan dunia akan diadakan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dari 22 hingga 24 Mac diikuti di London (25-27 April), Moscow (2-4 Mei), Windsor, Kanada (30 Mei-1 Jun) dan pusingan akhir d i Mont e r – rey, Mexico dari 6 hingga 8 Jun ini.— Bernama

Advertisement