Anda di sini

Ling ungguli perlumbaan model kereta drift

Advertisement

MIRI : Ngu Ung Ling menjuarai per lumbaan model kereta drift yang dianjurkan oleh ‘Speed Racing’ dan Star Cineplex di Merdeka Mall, di sini petang semalam.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Hasnul Hisham dan Mohd Iswandi Shamsul Azmi.

Pertandingan itu diadakan sempena penayangan filem ‘Need For Speed’ yang sekarang ditayangkan di Star Cineplex.

Pemenang menerima tiket, topi, poster dan baju tema filem berkenaan serta trofi.

Model kereta drift Mohd Sumardy Idris pula menjuarai kategori ‘Best Body Shell’.

Seramai 22 peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.

Hadir sama pengerusi penganjur, Tan Wei Chong dan Pengurus Star Cineplex, Sim Jian Bing.

Advertisement