Anda di sini

LHDN akan mengadakan seminar pada Khamis ini

KUCHING: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengadakan seminar mengenai Potongan Cukai Bulanan Sebagai Cukai Terakhir-Tanggungjawab Pekerja & Majikan di Hotel Hilton pada Khamis ini (20 Mac 2014).

Seminar itu dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Pekerja Malaysia bertujuan memberikan peserta maklumat terkini pemahaman lebih mendalam mengenai pelaksanaan Potongan Cukai Bulanan (MTD) sebagai Cukai Akhir.

Selain itu ia juga memberi penekanan kepada pentingnya tanggungjawab pekerja dan majikan dalam melaksanakan potongan MTD.

Penceramah terdiri daripada pegawai-pegawai kanan cukai yang juga akan berkongsi dengan awam mengenai pengiraan MTD dan mendidik majikan melaksanakan audit MTD.

Semua pengamal cukai, penasihat cukai, ejen cukai, akauntan, juruaudit, perancang kewangan, peguam bela dan peguam cara, pengarah, setiausaha syarikat serta individu dipelawa menyertai seminar sehari itu.

Mereka yang berminat dinasihat mendaftar lebih awal kerana tempat disediakan terhad.

Borang penyertaan boleh didapati daripada pejabat LHDN Cawangan Kuching atau muat turun dari laman sesawang http://www.hasil.gov.my dan  http://www.mef.org.my

Orang ramai juga boleh menghubungi Emilyawati Marzuki di 082-223400 sambungan 81715 atau emel ke  emilyawati@hasil.gov.my, Saifudim Bujang (sambungan 818801/ saifudin@hasil.gov.my) atau Jenny Kuan (sambungan 82623/ kuan@hasil.gov.my).