Anda di sini

ITF: Lee, Tami muncul pemenang perseorangan lelaki dan wanita

Advertisement

KUCHING: Lee Duck Hee dan Tami Grende muncul pemenang perseorangan lelaki dan perseorangan wanita Kejohanan Tenis Junior ITF Piala Ketua Menteri Sarawak Ke-23 (Gred 1) di Pusat Tenis SLTA di sini semalam.

Final perseorangan lelaki berlangsung sejam 45 minit menyaksikan pilihan utama Korea Selatan, Lee mengalahkan pilihan kedua Australia, Harry Bourchier dengan 6-3, 7-6 (1).

“Amat menakjubkan menang di Kuching minggu ini dan saya menang dalam tahap kecergasan terbaik.

“Ini merupakan gelaran pertama saya menangi tahun ini dan saya harap akan memenangi lebih banyak acara selepas ini,” kata pemain No.12 junior ITF.

Selepas kemenangan itu, Lee melonjak pada kedudukan lima terbaik ITF junior.

Tami Grende dari Indonesia pula mengalahkan pemain pilihan utama dari China, Xu Shilin dengan 7-5,6-3.

“Saya gembira dengan keputusan perlawanan akhir ini. Ini merupakan kejutan bagi saya dan saya masih tidak percaya kerana memenangi kejohanan ini.

Ia merupakan kemenangan kedua Tami di Malaysia selepas memenangi acara ITF di Melaka tiga tahun lepas dan pertama tahun ini.

Pemain muda berusia 16 tahun itu memenangi Piala Thamrine di Jakarta pada Jun tahun lalu dan akan menyertai acara Gred 1 di Manila minggu depan.

Advertisement