Anda di sini

Saingan bola sepak 7 sebelah 29-30 Mac

Advertisement

SIBU: Orang ramai dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah anjuran Kelab Rekreasi, Sosial dan Sukan (KRESS) Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Unit Kemuyang.

Pengerusi SDNU Unit Kemuyang, Patros Tandang berkata kejohanan selama dua hari itu berlangsung pada 29 dan 30 Mac di Padang Bola Sepak Kem Belia Kemuyang.

“Golongan belia dari semua unit di bawah SDNU Cawangan Sibu adalah dipelawa untuk mengambil bahagian,” katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, setiap pasukan mesti mendaftarkan 10 orang pemain dalam borang pendaftaran yang disediakan penganjur dan setiap pasukan dikenakan bayaran yuran penyertaan RM100.

“Johan bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM300, piala iringan dan medal. Naib johan mendapat wang tunai RM200 dan medal.

“Pemenang ketiga pula menerima wang tunai RM150 dan medal serta tempat keempat hingga ke-11 masing-masing mendapat hamper bernilai RM35,” jelas Patros.

Tarikh akhir menghantar borang penyertaan adalah selewat-lewatnya pada 27 Mac ini.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Patros di talian 019-2858448, Noel Nyabong 019-8188610, Martin Bilun 019-9717945 dan Kimmy Minggu 013-2934998.

Advertisement