Anda di sini

Miri medan SUKMA 2016

Advertisement

MESYUARAT: Lee (tengah), Harifen (tiga kiri) bersama yang lain ketika sesi mesyuarat persatuan-persatuan di Miri semalam.

Bakal mengendalikan dua acara iaitu karate do dan perahu layar, kata Lee

MIRI: Miri sah bakal mengendalikan dua acara pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-18 pada 2016 iaitu acara karate do dan perahu layar.

Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin berkata persediaan Miri sebagai tuan rumah bagi acara-acara itu setakat ini berjalan lancar.

“Untuk karate do, kita akan mengadakan di Stadium Tertutup Miri manakala acara perahu layar pula di Teluk Marina Miri, ” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Lee mengadakan perjumpaan dengan 10 persatuan sukan di Miri.

Mengenai persatuan-persatuan sukan terbabit, beliau mengingatkan mereka agar bersungguh-sungguh dalam membangunkan bidang sukan masing-masing.

“Jangan bersikap sambil lewa sahaja atau bercakap lebih daripada yang dapat dibuat, sila buktikan bahawa kita mampu melakukan yang terbaik dalam sukan terbabit,” katanya.

Menurutnya, beliau kecewa kerana beberapa persatuan sukan di sini dilihat kurang aktif dalam penganjuran sekali gus pencarian bakat- bakat baharu untuk diketengahkan.

Malah, beliau memberitahu ada persatuan sukan yang langsung tidak pernah hadir ketika dipanggil untuk bermesyuarat.

“Mereka perlu datang ke Majlis Sukan Negeri (MSN) dengan pelan yang konrit, selepas itu baharulah kita dapat bantu,” jelas beliau.

Lee berkata, bantuan yang diberikan dalam bentuk geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu adalah bagi membantu persatuan menganjurkan kejohanan, latihan dan segala berkaitan.

Beliau mengatakan bahawa persatuan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menarik minat orang awam serta mempromosikannya.

“Kita (kerajaan) hanya bantu selepas itu daripada beberapa aspek, malah Miri sebenarnya mempunyai pusat pembangunan sukan (pusat elit),” katanya.

Antaranya ialah pusat elit karate do, renang, memanah dan olahraga.

Hadir sama Pegawai Penguasa MSN Miri, Harifen Mansor serta pegawai-pegawai MSN lain dan persatuan-persatuan.

Advertisement