Anda di sini

Liga Petronas: Project Park A berkenduri jaringan

Advertisement

BINTULU: Project Park A berkenduri jaringan apabila menang besar ke atas APMM dengan 9-0 pada perlawanan Liga Petronas Bintulu edisi ke-20 bagi Divisyen Satu Sabtu lalu.

Sembilan gol Project Park A dijaringkan oleh Sahran Abdul Samad pada minit ke-12, diikuti empat jaringan lagi dihasilkan oleh Mohd Faizal Sanu minit ke-35, 48, 55 dan 65.

Jaringan Project Park A turut disumbang oleh Judson Alang pada minit ke-61, 75 dan seterusnya melalui Johnidi Abang minit ke-85 dan menutup perlawanan dengan jaringan kesembilan mereka.

Pada Ahad pula, menyaksikan MLNG menang ke atas Ajai Manai dengan 2-1.

Dua jaringan MLNG disumbangkan oleh Jerry Ijau pada minit ke-42 dan 66.

Manakala gol sulung Ajai Manai pula diperolehi melalui Rumson Juman minit kelapan.

Sementara itu, Piala Liga Datuk Seri Tiong King, Divisyen Dua pula menyaksikan Twister membelasah Jepak Baru dengan 3-1.

Tiga jaringan Twister diperolehi melalui Valentine Surat James pada minit ke-10, Mohd Iqbal minit ke-39 dan Che Haziely minit ke-50.

Gol sulung Jepak Baru pula disumbangkan oleh Abil Hapnie pada minit ke-66 pada perlawanan juga Sabtu.

Perlawanan Ahad, menyaksikan Project Park B menang 2-0 ke atas Kebabin.

Dua gol Project Park B diperolehi melalui Rentap Nyanung dan Habibi Ali pada minit ke-39 dan 71.

Advertisement