Anda di sini

Lapan pasukan bakal berentap pada kempen Liga Samarahan

Advertisement

KUCHING: Lapan pasukan bakal berentap pada kempen Liga Samarahan 2014 akan disingkap tirainya pada 5 April depan.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Daud Aba berkata pasukan terlibat bagi edisi tahun ini ialah juara bertahan, Yayasan Sarawak-Sanjung Etika, Sambir Bistari, 10 Rangers, Gedong FC, Ocean Eagle Samarahan, Team Kickalob K2015, Kapaku FC dan Logistic FC.

“Saingan bermula pada 5 April 2014 dengan Sambir Bistari dan Kickalob akan beraksi pada perlawanan pembukaan bagi merebut Piala Sumbangsih Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Stadium Mini Samarahan,” katanya di sini semalam.

Empat padang akan digunakan sepanjang kejohanan iaitu Kompleks Sukan Asajaya, Kompleks Sukan Pulapol, Kompleks Sukan Samarahan dan Kompleks Sukan Kem Renjer, Kota Samarahan.

“Kita menjangkakan saingan lebih kompetitif musim ini kerana kebanyakan pasukan menyenaraikan ramai pemain berpengalaman,” kata Daud.

Sementara itu, Presiden PBBS Haidel Heli menjelaskan saingan kali ini akan digunakan sebagai pentas pemilihan pemain untuk mewakili Samarahan pada kempen Piala Sarawak 2014.

Advertisement