Anda di sini

Keluarga dakwa diserang, dua lelaki ditahan polis

Advertisement

KUCHING: Dua lelaki ditahan untuk membantu siasatan berhubung lapo­ran polis yang dibuat sebuah keluarga yang mendakwa telah diserang sekumpulan lelaki di ru­mah mereka di Kampung Sourabaya Ulu, Petra Jaya semalam.

Menurut sumber, in­siden berlaku pada Ju­maat lepas ketika keluarga berkenaan iaitu seorang bapa berusia 47 tahun bersama isteri dan anaknya yang baharu berusia tujuh tahun sedang berehat di rumah mereka sekitar jam 1 petang.

Difahamkan, sekumpu­lan lelaki yang bersen­jatakan kayu menyerbu masuk ke rumah mangsa dan terus memecahkan cermin kereta serta rumah mangsa.

Terkejut melihat tin­dakan kumpulan lelaki berkenaan, si suami cuba menghalang tetapi se­baliknya turut dibelasah sebelum anak mangsa itu turut dipukul di kepal­anya.

Kesemua suspek kemu­dian beredar dari rumah mangsa dengan melari­kan telefon bimbit serta barang kemas milik isteri mangsa.

Mangsa yang cedera kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut dan sehingga ber­ita ini ditulis semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Fauzilan Abdul Aziz se­malam mengesahkan ada menerima laporan ber­hubung kejadian.

“Bertindak atas maklu­mat, anggota polis telah sampai ke tempat kejadian dan berjaya menangkap dua lelaki untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua mereka kemudian ditahan reman selama empat hari untuk membantu siasatan,” ka­tanya.

Advertisement