Anda di sini

Usaha mengembangkan potensi industri makanan diteruskan

Advertisement

DARO: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan dan Promosi), Datuk Julaihi Narawi berkata Kerajaan Negeri terus berusaha mengembangkan potensi industri makanan sebagai salah satu sumber penting ekonomi negeri pada masa depan.

Katanya, usaha itu memberi tumpuan khas kepada kawasan pendalaman yang mempunyai bekalan mentah mencukupi.

“Secara tidak langsung ia bakal menyediakan ruang ekonomi baharu kepada penduduk luar bandar. Kerajaan melihat industri berasaskan makanan mempunyai potensi yang amat besar.

“Malah, mampu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan terkini,” katanya pada Majlis Penutupan Penyampaian Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan: Hasilan Sos dan SNEK Bergoreng di Dewan Kemas Daro, di sini semalam.

Program itu dianjurkan bersama MID dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) disertai lebih 50 usahawan kecil dari sekitar daerah Daro.

Julaihi berkta, melalui kementerian berkaitan akan meneruskan penganjuran program selain sentiasa diperluaskan skopnya bagi membolehkan penyertaan lebih ramai peserta.

“Kawasan Matu-Daro berpotensi berkembang berikutan kewujudan Halal Hab Tanjung Manis. Projek mega ini menyediakan ruang ekonomi cukup besar kepada penduduk.

“Bagaimanapun, terpeluang kepada orang tempatan sama ada meraih peluang atau sebaliknya.

“Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mengadakan kursus sebagai alternatif memberi input terkini kepada peserta. Langkah ini bakal menyediakan ruang ekonomi baharu kepada mereka,” katanya.

Advertisement