Anda di sini

Lelaki ditemui mati tergantung di pokok

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di atas pokok di kawasan kebunnya di Telaga Air, Matang di sini lewat petang kelmarin.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu ditemui tidak lagi bernyawa oleh ahli keluarganya di kebun berkenaan yang juga tidak jauh dari rumah mereka sekitar jam 4 petang.

Menurut sumber, mangsa ditemui tergantung di dahan pokok dengan tali terikat pada lehernya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah sia­sat.

Polis mengklasifikasikan kes terse­but sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Advertisement