Anda di sini

Kanak-kanak dua tahun mati dihempap peti TV

Advertisement

DIHEMPAP TV: G. Egenase menunjukkan gambar anaknya, G. Soloman Aaron, ketika ditemui di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, semalam. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua   tahun meninggal dunia dipercayai akibat dihempap peti televisyen di rumahnya di Taman Gadong Jaya dekat sini kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai E. Soloman Aaron yang mengalami kecederaan di kepala dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu.

Bapanya G. Egenase, 38, berkata anaknya pada mulanya dikejarkan ke Klinik 1Malaysia berhampiran rumahnya sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar di sini.

Bagaimanapun anaknya meninggal kira-kira jam 5.45 petang, katanya.

Beliau berkata ketika kejadian, isterinya berada di dapur dan dia kemudiannya dikejutkan dengan bunyi bising yang datang dari arah ruang tamu.

Isterinya kemudiannya terkejut apabila mendapati rak TV menghempap anaknya manakala peti TV berada di sisi anaknya, katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdullah Roning mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut. — Bernama

Advertisement