Anda di sini

Fokus utama MAS jaga keluarga penumpang, anak kapal MH370

Advertisement

KUALA LUMPUR: Fokus utama Malaysia Airlines (MAS) kini ialah memberi penjagaan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan yang hilang, MH370.

MAS dalam kenyataan di sini semalam memaklumkan ini termasuk menyediakan mereka dengan maklumat yang tepat pada masanya, kemudahan perjalanan, penginapan, makanan dan minum, perubatan serta sokongan emosi.

“MAS mengulangi bahawa kami akan terus memberi sepenuh sokongan dalam kerjasama misi mencari dan menyelamat yang dikoordinasikan oleh Jabatan Penerbangan Awam di bawah Kementerian Pengangkutan,” menurutnya.

Menurut kenyataan itu, MAS sedar mengenai spekulasi berterusan pihak media dan memaklumkan syarikat penerbangan itu tidak mempunyai sebarang maklumat tambahan yang telah diberikan sebelum ini.

“MAS akan sentiasa menyediakan maklumat berhubung MH370 yang dikemas kini kepada orang awam melalui media dan laman sesawang,” menurutnya. — Bernama

Advertisement