Anda di sini

Dr Anthony kekal jawatan Pengerusi SADIA Kuching

Advertisement

KUCHING: Datuk Dr Anthony Nait Mani menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA) Cawangan Kuching pada mesyuarat agung tahunannya yang diadakan pada 9 Mac lalu.

Beliau dipilih semula untuk menerajui persatuan itu bagi sesi 2014/2015.

Jawatan Timbalan Pengerusi pula terus disandang oleh Peter Moni Selat untuk satu penggal lagi.

Bagi jawatan Setiausaha pula, Lamina Jintang dipilih untuk meng-   ambil alih Maureen Barnabas, manakala Penolong Setiausaha disandang oleh Mabong Unggang yang menggantikan Lucy Januari.

Pada mesyuarat itu juga, jawatan Bendahari dipilih sebulat suara menyaksikan pelantikan Edward Ulok Buda menggantikan Stephen Jenang yang memutuskan untuk tidak bertanding semula, manakala jawatan Pembantu Bendahari di-jawat oleh Philip Sampurai.

Sementara itu, Anthony dalam kenyataan akhbarnya menggesa kaum Iban terutama di bandar raya ini untuk menyertai SADIA.

Tambahnya, SADIA ditubuhkan pada tahun 1983 bertujuan menggalak dan mengekalkan nama baik dan keharmonian sosial semua kaum di Malaysia.

Mereka yang berminat untuk menjadi ahli SADIA Kuching boleh menghubungi Lamina Jintang menerusi talian 019-8186639 atau Mabong Unggang (012-6925562).

Advertisement