Anda di sini

Peluang amat cerah BN pertahan kerusi Balingian

Advertisement

SIBU: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 29 Mac ini.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Julaihi Narawi berkata, Balingian adalah salah satu daripada kubu kuat BN, khususnya PBB.

“Insya-Allah. Balingian adalah salah satu daripada kubu kuat BN khususnya PBB selama ini.

“Kita nampak memang peluang itu amat cerah sekali dan mesti mempertahankan kubu kuat kita ini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Julaihi ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Golden Lung Bird Centre, sebuah syarikat makanan di Jalan Mahsuri yang menghasilkan minuman pati sarang burung, sarang burung, gamat laut, sirip ikan yu dan produk penjagaan kesihatan yang lain.

Hadir sama ialah Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Abu Seman Jahwie, ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, ADUN Daro Murni Suhaili, Pengarah Urusan Golden Lung Bird Centre Robert Wong serta yang lain.

Advertisement