Anda di sini

Fasa kedua agih BR1M untuk Sibuti 17-18 Mac

Advertisement

MIRI: Penduduk di kawasan Parlimen Sibuti bakal menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 fasa kedua minggu depan.

Menurut jurucakap Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Sibuti, pengagihan pertama adalah pada 17 dan 18 Mac ini di Bekenu.

“Pada 17 dan 18 Mac, pengagihan pertama adalah di Dewan Masyarakat dan Gelanggang Bola Keranjang Bekenu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Masa bagi orang ramai berurusan untuk mendapatkan bantuan itu ialah dari jam 8 pagi sehingga 4 petang pada kedua-dua tarikh.

Manakala pada 19 Mac, kumpulan pengagihan akan bergerak ke Stadium Tertutup Miri dan masa operasi adalah sama.

Pada 20 Mac pula, pengagihan terakhir BR1M 3.0 akan diadakan di Dewan Masyarakat Batu Niah dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

“Orang ramai dinasihatkan agar peka terhadap jadual berkenaan bagi memastikan kelancaran pengagihan,” ujarnya.

Advertisement