Anda di sini

Amaran angin kencang, laut bergelora di perairan Sarawak

Advertisement

KUCHING: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di dua kawasan perairan Sarawak.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan JMM menerusi portal rasminya semalam, amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter berlaku di perairan Bintulu dan Miri.

Keadaan itu dijangka berterusan sehingga Selasa, 18 Mac ini dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Amaran itu juga dikeluarkan bagi kawasan perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat, Sabah.

Selain itu, keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula Sabtu ini hingga 18 Mac.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.

Malah, amaran ketampakan rendah kurang dari lima meter juga dikeluarkan di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor (Barat) disebabkan jerebu.

Keadaan yang dijangka berterusan sehingga Ahad, 16 Mac itu adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran.

Advertisement