Anda di sini

65 petinju bakal rebut kejuaraan muaythai Summer Mall, Sabtu ini

Advertisement

Seramai 65 petinju mewakili lapan ke­lab muaythai dari Kuch­ing, Samarahan dan Bintulu bakal bertarung bagi merebut kejuaraan pada Kejohanan Muaythai Summer Mall Sa­marahan yang akan berlang­sung di Kompleks Summer Mall pada Sabtu ini.

Kejohanan tersebut an­juran bersama Persatuan Muaythai Kuching (PMK) dan Pengurusan Kompleks Summer Shopping Mall Sa­marahan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangu­nan Sosial (KPS).

Ia dibahagikan kepada tiga kategori dan akan bermula dengan sesi pemilihan atlit remaja untuk dipilih ke Pe­milihan Kejohanan Amatur IFMA di Majlis Sukan Ne­gara (MSN) Bukit Jalil pada penghujung bulan ini.

Ia disusuli dengan kategori ‘superfight’ di mana peserta dipilih mengikut kesepa­danan berat, tinggi, umur dan beberapa lagi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Acara kemuncak adalah perebutan Piala Summer Mall Samarahan 2014 yang menyaksikan saingan hebat melibatkan 12 peserta dalam kategori 51-54kg.

Lapan kelab yang menge­sahkan penyertaan adalah Kelab Muaythai Kenyalang, Kelab Muaythai SS Fighters Petrajaya, Kelab Muaythai SS Fighters Muara Tuang, Ke­lab Muaythai KPS Petrajaya, Kelab Muaythai Bintawa (TMG), Kelab Muaythai Lundu, Kelab Muaythai Polycap Sim Bintulu dan Kelab Muaythai Kenyalang Sebiew Bintulu.

Sessi penyerahan sumban­gan dari penaja telah ber­langsung semalam di Summer Shopping Mall Samarahan dengan Timbalan Presiden Sulaiman Salleh menyem­purnakan majlis ringkas tersebut.

Hadir sama wakil Pengu­rusan Kompleks Summer Shopping Mall Jen Wong serta penaja dari WK TIME, Mike.

Advertisement