Anda di sini

Wanita terkejut cermin keretanya dipecahkan

Advertisement

PECAH: Cermin tingkap pintu belakang kereta Kancil terbabit yang didapati pecah oleh pengadu pagi semalam.

SIBU: Seorang wanita yang menghantar anaknya untuk pemeriksaan kandungan di Poliklinik Oya di Jalan Merdeka tergamam selepas mendapati cermin tingkap pintu belakang kiri kereta Perodua Kancilnya dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali, tengah hari semalam.

Sebelum itu, pengadu yang berumur 40 tahun dari Batu 20, Jalan Oya telah memarkirkan keretanya di kawasan berdekatan sebelum memasuki poliklinik itu sekitar jam 9 pagi.

Selesai berurusan di poliklinik, pengadu dan anaknya terkejut apabila mendapati cermin keretanya pecah.

Pengadu yang membuat laporan polis selepas insiden itu tengah hari semalam memberitahu tiada barangan peribadi di dalam kereta yang hilang.

Polis yang melakukan siasatan dijangka akan mendapat petunjuk melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang berdekatan tempat pengadu memarkirkan keretanya.

Advertisement