Anda di sini

Rancangan bawa serpihan enjin pesawat AS ke Muzium Limbang dikaji

Advertisement

LIMBANG: Jabatan Muzium Sarawak merancang untuk membawa serpihan bangkai dan enjin pesawat milik Amerika Syarikat (AS) yang terhempas selepas ditembak tentera Jepun pada Perang Dua Kedua di Kampung Telahak di sini ke Muzium Wilayah Limbang.

Pengarahnya Ipoi Datan ber- Jom meriahkan Pesta Kpg Buntal pada 22 Mac ini kata, satu pemeriksaan sudah dijalankan di lokasi penemuan serpihan enjin pesawat di Kampung Telahak yang mempunyai nilai sejarah tersendiri.

“Kita sedang merancang untuk membawa serpihan enjin pesawat itu ke muzium yang tertinggal di Kampung Telahak memandangkan ada jalan sudah dibina di lokasi penemuan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penambahbaikan Galeri Muzium Wilayah Limbang di sini, semalam.

Ipoi berkata, pihaknya masih mencari pendekatan terbaik sama ada akan mengangkut serpihan enjin itu ke muzium ataupun mengekalkannya di lokasi penemuan.

Beliau turut memberitahu, selain Limbang, Lawas juga mempunyai banyak tinggalan sejarah termasuk bangkai kapal terbang milik tentera Jepun di Kampung Pa Puti Merapok.

“Kita bercadang untuk membawa bangkai pesawat untuk ditempatkan di kawasan bandar Lawas kerana penduduk Pa Puti tidak mahu pesawat itu diletakkan jauh dari kawasan mereka,” tambahnya.

Katanya lagi, pihaknya kemungkinan besar akan membuka cawangan muzium di Lawas pada masa depan berikutan Lawas mempunyai banyak penemuan tinggalan sejarah membabitkan tapak buaya tanah, goresan dan himpunan batu di kawasan Long Semadoh, Ba’Kelalan dan Bario.

Kata beliau lagi, pelbagai program turut diadakan bagi menarik kedatangan pelawat ke Muzium Wilayah Limbang dengan mengadakan Bicara Warisan mengenai budaya di Limbang dan ceramah pendidikan membabitkan pelajar sekolah.

“Memang ada sedikit penurunan jumlah pelawat, namun kita berharap dengan adanya program sedemikian, jumlah mereka akan bertambah,” katanya.

Advertisement