Anda di sini

Pemain golf handikap 28 ke bawah dipelawa sertai Cabaran Golf Sukma Siri ke-3

Advertisement

KUCHING: Pemain golf tempatan yang mempunyai handikap 28 ke bawah dipelawa menyertai Cabaran Golf Sukma Siri ke-3 yang akan diadakan di Sarawak Club Golf Resort pada 14 Mac ini (Jumaat).

Ia dianjurkan sempena SUKMA XVII di Perlis yang akan diadakan dari 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Pengurus Besar Sarawak Club Golf Resort V Ravindran memberitahu seramai 80 pemain telah mendaftar untuk menyertai kejohanan yang julung kali diadakan di Sarawak itu.

“Kita merasa sangat terharu dan berbangga kerana dipilih selaku penganjur kejohanan golf berpretij ini dalam usaha menyokong program pembangunan sukan golf di sini.

“Selain itu, kejohanan ini juga sebagai persediaan kita untuk menjadi tuan rumah SUKMA 2016 yang akan berlangsung di Sarawak,” menurut Ravindran dalam kenyataan media semalam.

Dua peserta kenamaan dari Perlis, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis Hamdan Bahari dan Exco Sabry Ahmad turut mengesahkan penyertaan pada kejohanan tersebut.

Pemain yang turut serta dibahagikan kepada tiga kumpulan handicap iaitu A (012), B(13-18) dan C (19-28).

Enam pemenang akan dipilih mewakili Sarawak pada perlawanan akhir yang akan diadakan pada 11 Mei depan di Kelab Golf Putra Perlis.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 010-9820277, 013-8161876 atau emel ke samarahancc@ gmail.com.

Advertisement