Anda di sini

Operasi penguatkuasaan MPS di dua lokasi

Advertisement

PENGUATKUASA MPS membuat rampasan barangan yang dijual di kawasan kaki lima tanpa lesen.

SANDAKAN: Operasi penguatkuasaan oleh pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dilaksanakan di dua lokasi berhampiran di Bandar Sandakan, pagi kelmarin.

Disertai seramai 45 pegawai penguatkuasa MPS, operasi dilakukan di Milimewa Square dan sekitar terminal bas mini bermula jam 9 pagi.

Penolong Pegawai Penguatkuasa Kanan MPS yang juga Ketua Operasi Sairin Abd Rahman berkata, dalam operasi itu pihaknya merampas pelbagai jenis barangan termasuk alat permainan, pakaian dan perabot rumah yang dijual di kawasan kaki lima tanpa lesen.

Katanya, rampasan dibuat mengikut 3(1) Ordinan Pelesenan Perdagangan (Trade Licensing Ordinance) kerana meletakkan barangan dengan tujuan menjalankan perniagaan di kawasan tanpa kelulusan bertulis dari MPS.

Sairin berkata, pihaknya sudah beberapa kali melaksanakan operasi di kawasan berkenaan termasuk rampasan dan mengeluarkan saman terhadap mereka yang berniaga di kaki lima, bagaimanapun aktiviti itu didapati masih berjalan.

Sehubungan itu, para peniaga diminta memberi kerjasama dan mematuhi peraturan berniaga yang ditetapkan oleh MPS.

Beliau berkata, Bahagian Penguatkuasa MPS akan menahan barangan yang dirampas selama seminggu sebelum dipertimbangkan sama ada akan dikembalikan kepada peniaga ataupun tidak.

Advertisement