Anda di sini

Jeritan wanita tumpaskan peragut

Advertisement

Orang ramai berjaya berkas suspek yang cuba meragut warga asing

KUCHING: Tindakan seorang wanita warganegara asing menjerit meminta pertolongan selepas dirompak menarik perhatian orang awam yang kemudian berjaya menahan suspek daripada melarikan diri.

 Mangsa, 29, memberitahu semasa kejadian, dia baharu mengambil telefon bimbit rakannya dari sebuah kedai selepas dihantar untuk dibaiki sekitar jam 1 petang semalam.

 “Sebaik sahaja keluar dari kedai itu, saya telah didatangi seorang lelaki yang kemudian menahan saya dari belakang dan mengacukan pisau ke leher saya sambil meminta saya menyerahkan telefon bimbit berkenaan.

 “Saya takut ditikam olehnya (suspek) menyebabkan saya terus menyerahkan telefon bimbit itu kepadanya dan apabila melihat dia melarikan diri, saya menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang,” katanya.

 Menurutnya lagi, ternyata tindakannya itu membuahkan hasil apabila beberapa orang awam yang mendengar jeritan mangsa mengejar suspek dan berjaya menahannya beberapa minit kemudian.

 Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 Mangsa berkata demikian ketika ditemui pemberita di Balai Polis Simpang Tiga di sini semalam.

 Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang peragut terpaksa meninggalkan motosikalnya di tengah jalan raya selepas dikatakan gagal meragut seorang eksekutif wanita malam kelmarin.

 Mangsa, 24, semasa kejadian dikatakan sedang berbasikal di sekitar Kampung Tupong Ulu di sini apabila suspek mendekatinya dan cuba meragut begnya yang mengandungi telefon bimbit serta wang tunai sekitar jam 8.45 malam.

 Difahamkan, berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek menyebabkan beberapa penduduk di kawasan berdekatan yang mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan bergegas ke tempat kejadian.

 Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian meninggalkan motosikalnya.

 Motosikal tersebut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

KUCHING: Tindakan seorang

wanita warganegara asing menjerit meminta pertolongan

selepas dirompak menarik perhatian orang awam yang kemudian berjaya

menahan suspek daripada

melarikan diri.

Mangsa, 29, memberitahu

semasa kejadian, dia baharu mengambil telefon bimbit rakannya dari sebuah kedai selepas dihantar untuk dibaiki sekitar jam 1 petang semalam.

Sebaik sahaja keluar dari kedai itu, saya telah didatangi seorang lelaki yang kemudian menahan saya dari belakang dan mengacukan pisau ke

Oleh Jeremy Lansonleher saya sambil meminta saya menyerahkan telefon bimbit berkenaan.

Saya takut ditikam olehnya

(suspek) menyebabkan saya terus menyerahkan telefon

bimbit itu kepadanya dan apabila melihat dia melarikan diri, saya menjerit sekuat hati untuk menarik perhatian orang,” katanya.

Menurutnya lagi, ternyata tindakannya itu membuahkan hasil apabila beberapa orang awam yang mendengar jeritan mangsa mengejar suspek dan berjaya menahannya beberapa

minit kemudian.

Suspek kemudian diserahkan

kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa berkata demikian ketika ditemui pemberita di Balai Polis Simpang Tiga di sini semalam.

Sementara itu dalam kejadian

berasingan, seorang peragut terpaksa meninggalkan

motosikalnya di tengah jalan raya selepas dikatakan gagal meragut seorang eksekutif

wanita malam kelmarin.

Mangsa, 24, semasa kejadian

dikatakan sedang berbasikal

di sekitar Kampung Tupong Ulu di sini apabila suspek mendekatinya dan cuba meragut begnya yang mengandungi telefon bimbit serta wang tunai sekitar jam 8.45 malam.

Difahamkan, berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek menyebabkan beberapa

penduduk di kawasan berdekatan yang mendengar jeritan mangsa meminta pertolongan

bergegas ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, suspek berjaya melarikan diri dari tempat kejadian meninggalkan

motosikalnya.

Motosikal tersebut kemudian

diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Advertisement