Anda di sini

IAK anjur Pertandingan Futsal 7 Sebelah pada 22 dan 23 Mac ini

Advertisement

KUCHING: Persatuan India Kuching (IAK) akan menganjurkan Pertandingan Futsal 7 Sebelah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-65 IAK pada 22 dan 23 Mac depan.

Menurut kenyataan media daripada IAK semalam, borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Jamail Obeng (016-8584846), Navaraja (012-8917855), dan Joseph Perianayagam (012-8919026).

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mac dan hadiah lumayan berupa wang tunai menanti para pemenang.

Dalam pada itu, kempen derma darah turut diadakan sempena sambutan tersebut anjuran IAK dengan kerjasama Persatuan Belia Hindu Kuching dan Bank Darah HUS pada 17 May 2014 dari 9 pagi hingga 2 petang di Dewan IAK Jalan Rock dekat sini.

Selain itu, IAK turut mengalu- alukan orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan mencipta logo bagi IAK dan pencipta logo terpilih akan menerima hadiah wang tunai RM500.

Syaratnya ialah logo tersebut mestilah ringkas dan bermakna kepada komuniti dalam konteks masyarakat berbilang kaum.

Penyertaan bolehlah dihantar kepada Setiusaha IAK di alamat Lot 1684, Rock Road, Kuching atau emailkan kepada tganesh2838@yahoo.com atau hubungi 013-8095288/019-8184178 sebelum 30 Jun 2014.

Kemuncak sambutan, IAK merancang menganjurkan Makan Malam Deepavali pada awal November 2014.

Justeru, IAK berharap melalui penganjuran aktiviti ini ahli dapat memberikan sokongan penuh dan mengambil bahagian.

Presidennya Anthony Ramanair turut berharap lebih ramai golongan muda tampil menyertai dan bergiat aktif dalam IAK.

Advertisement