Anda di sini

Pejabat penuh asap akibat kebakaran kecil

Advertisement

KUCHING: Sebuah pejabat di bangunan Wisma Chinese Chambers di Padungan di sini kecoh apabila ruang pejabat­nya tiba-tiba dipenuhi asap tebal petang semalam.

Sumber memberitahu, in­siden tersebut dipercayai berpunca daripada kebaka­ran kecil di bahagian dapur pejabat berkenaan yang ke­mudian menyebabkan asap tebal sehingga pekerja ter­paksa menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Beberapa anggota dari Balai Bomba Padungan bergegas ke tempat kejadian dan api yang disyaki berpunca dari­pada putung rokok berjaya dipadamkan beberapa minit selepas itu.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung punca kejadian masih dalam sia­satan pihak bomba,” kata sumber.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

 

Advertisement