Anda di sini

Nurul Izzah dan suaminya diperintah bawa wakil pendamai

Advertisement

KUALA LUMPUR: Mah-kamah Rendah Syariah semalam  memerintahkan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim supaya segera melantik wakil jawatankuasa pendamai dalam kes cerai yang difailkan Nurul Izzah.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 1 April bagi pasangan itu membawa jawatankuasa pendamai ma-sing-masing ke mahkamah, dan jika mereka gagal berbuat demikian, mahkamah boleh menutup kes berkenaan.

“Ini kali ketiga kes ditangguhkan, sekiranya kedua-dua pihak ingin menyelesaikannya, mereka perlu membawa wakil jawatankuasa pendamai dan sekiranya tiada mahkamah boleh tutup kes ini,” katanya.

Dalam proses perceraian, jawatankuasa pendamai terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan mereka.

Pada 18 Feb lalu, mahkamah menangguhkan kes tersebut selepas peguam Normawad-dah Ramli yang mewakili anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, memberitahu anak guamnya masih mencari penyelesaian secara baik dalam kes itu.

Terdahulu, peguam Zulkifli Che Yong memberitahu mah-kamah bahawa beliau baharu dilantik untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir Iskandar dan oleh itu beliau memohon tarikh lain bagi anak guamnya membawa jawatankuasa pendamai.

Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Per-sekutuan 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurnia-kan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berusia empat tahun. — Bernama

Advertisement