Anda di sini

JBPM S’wak terima 148 panggilan kebakaran hutan

Advertisement

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima 148 panggilan kebakaran hutan di seluruh negeri sejak awal bulan ini.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Nor Hisham Mohammad berkata, jumlah tersebut menyaksikan pe-ningkatan kes secara mendadak sejak 4 Mac lalu.

“Kes ini meningkat secara mendadak mulai 4 Mac iaitu 12 kes sehari dan jumlah tertinggi dicatatkan pada 9 Mac 2014 iaitu 30 kes,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Justeru, Nor Hisham me-nyeru orang ramai supaya mengurangkan aktiviti pembakaran terbuka lebih-lebih lagi pada musim kering ini.

“Orang ramai perlu me-ngurangkan aktiviti pembakaran terbuka pada musim kering ini kerana ia mudah merebak dan sukar dikawal.

“Perkara ini sekali gus mengancam keselamatan nyawa, harta benda awam serta menjejaskan kualiti udara,” katanya.

Advertisement