Anda di sini

HIKMAH hulur kelengkapan asas solat kepada USK Punggu Mawang

Advertisement

SRI AMAN: HIKMAH Sri Aman menyumbangkan bantuan berupa kelengkapan asas solat kepada Urus Setia Saudara Kita  (USK) di perkampungan Islam Punggu Mawang, di sini kelmarin.

Ahli Majlis Tertinggi HIKMAH Sarawak, Shamsul Bahri Manap berkata bantuan kelengkapan asas solat seperti telekung, buku agama dan kelengkapan asas surau itu harus dimanfaatkan agar memberi keuntungan kepada komuniti Islam.

Bagaimanapun, timbul tidak puas hati terhadap pemberian sesuatu kemudahan itu berikutan kejadian remeh segelintir jawatankuasa pengurusan entiti Islam terbabit.

“Lantaran itu kepentingan peribadi tidak wajar dilibatkan dalam kepentingan bersifat umum atau bersama kerana boleh mengganggu aktiviti murni yang dilaksanakan,” katanya di sini semalam.

Shamsul yang juga Ahli Jawatankuasa HIKMAH Sri Aman berkata, masalah hendaklah diselesaikan dengan cara berhemah agar keseimbangan komuniti tidak terlerai hingga boleh membawa perpecahan ke atas umat Islam.

“Manfaat bukan diukur daripada jumlah peralatan itu kerana manfaat sebenar datang dari aktiviti usaha sama yang membawa kebaikan kepada semua penduduk Islam,” kata beliau.

Turut hadir Pengerusi HIKMAH Sri Aman, Bujang Sabli dan Pengerusi USK Punggu Mawang, Ibrahim Ulin.

Advertisement