Anda di sini

Dadah: Suami isteri ditahan polis

Advertisement

LIMBANG: Polis menahan sepasang suami isteri di kawasan letak kereta sebuah bangunan Jalan Tarap di sini dan merampas 15.31 gram ecstacy dan 7.67 gram ganja bernilai RM2,410 Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lim­bang, Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata operasi dijalankan pada jam 11.10 pagi oleh sepasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah diketuai oleh Inspektor Mohd Hasri Othman dan anggota Jabatan Narkotik Daerah Limbang.

“Kedua-dua suspek iaitu suami berusia 31 tahun, berbangsa Cina dan isterinya berusia 28 tahun, berbangsa Iban merupakan warga tem­patan ditahan di kawasan letak kereta sebuah bangunan Jalan Tarap hasil maklumat orang ramai,” katanya di sini semalam.

Mohd Bukhori berkata, hasil pemeriksaan polis men­jumpai 11 biji pil ecstacy dalam beg sandang suspek terbabit.“Suspek kemudiannya mem­bawa kita ke sebuah rumah di Taman Pertama dan 31 biji pil ecstacy dan satu paket serbuk ecstacy turut dirampas.

“Kita juga merampas se­banyak tujuh peket plas­tik berisi tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja,” jelasnya.

Beliau berkata, ujian sa­ringan air kencing ke atas pasangan tersebut menda­patinya negatif dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek ditahan dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39 A (1), Seksyen 12 (2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Beliau berkata, hasil sia­satan awal mendapati dadah berkenaan dipercayai digu­nakan untuk diedarkan dan kegunaan sendiri.

 

Advertisement