Anda di sini

Aksi pemanas badan di Perlis

Advertisement

BERSEMANGAT: Nurul (enam kanan) dan Linda (empat kiri) bersama pemain yang menyertai Kejohanan Boling Padang Kebangsaan di Perlis pada majlis penyerahan bendera negeri di Kuching semalam.

Skuad boling padang SUKMA XVII S’wak sertai saingan boling padang kebangsaan

KUCHING: Skuad bol­ing padang SUKMA XVII Sarawak akan memanaskan badan dengan menyertai Kejohanan Boling Padang Kebangsaan pada 13 hingga 23 Mac ini di Kangar, Per­lis.

Ketua Jurulatihnya, Nurul Asma memberitahu seramai 12 atlet bayangan serta tiga pegawai akan terlibat pada kejohanan selama 11 hari itu.

“Ke­johanan ini lebih kepada medan pe­manas badan selain menguji kema­hiran atlet-atlet kita sebelum menghadapi saingan sebenar nanti.

“Ini bertujuan mende­dahkan para pemain dengan keadaan di sana (Perlis) agar mereka dapat menyesuaikan diri semasa temasya SUKMA XVII berlangsung di Perlis nanti,” katan­ya ditemui pada ma­jlis penyerahan bendera negeri di pekarangan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) di sini semalam.

Penolong Pengarah MSNS, Linda Ling yang mewakili pengarah menyempurnakan upacara penyerahan ringkas ben­dera tersebut.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa kejutan dari kejo­hanan ini, kerana ia seka­dar melengkap­kan persediaan kontinjen kita bagi meng­hadapi SU­KMA XVII nanti.

“Namun, saya tetap ingin melihat semua pemain mem­berikan persembahan terbaik kerana ini adalah peluang bagi mereka menampilkan kemampuan sebenar,” tam­bahnya.

Kontinjen Sarawak akan diwakili tiga pemain yang pernah bersaing pada SUKMA XV 2012 di Pa­hang.

Sarawak akan menyertai 22 daripada 24 acara pada SUKMA XVII yang akan berlangsung di Perlis pada 24 Mei hingga 5 Jun depan.

Acara yang akan disertai Sarawak ialah akuatik, olah­raga, taekwondo, tenpin bol­ing, wushu, angkat berat, ber­basikal, boling padang, kanu, memanah, pencak silat, tenis, tinju, petanque, hoki, bad­minton, bola sepak, golf, karate, menem­bak, sepak takraw dan squasy.

 

Advertisement