Anda di sini

33 kes demam denggi dicatatkan di Sarawak hingga hujung Februari: Dr Jerip

Advertisement

KUCHING: Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil memberitahu, sebanyak 33 kes demam denggi dicatatkan di negeri ini sehingga hujung Februari lalu.

Jelasnya, pada pertengahan bulan Februari, kes tersebut telah meningkat daripada 30 kes menjadi 33 kes pada hujung Februari, namun ia telah stabil pada bulan ini.

“Sibu masih menjadi kawa-san panas, manakala tiada lagi kes dicatatkan di Limbang dan Lawas.

“Namun begitu, kita telah menerima laporan terdapat kes baharu di Betong dan Sri Aman yang mana tiga kes dicatatkan di Betong dan lima kes di Sri Aman,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini kes demam denggi di Sarawak, semalam.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat di negeri ini khasnya di Sibu agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab menangani masalah pembiakan nyamuk aedes di kawasan kediaman.

Jelasnya, langkah pencegahan awal sewajarnya diambil dan sikap sambil lewa serta tidak peduli perlu dibuang kerana ia memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu, katanya, kerjasama semua pihak diseru kerana ia bukan hanya tugas sesuatu pihak sebaliknya tanggungjawab bersama.

Advertisement