Anda di sini

Pembantu perubatan dirompak di parkir HUS

Advertisement

KUCHING: Seorang pembantu perubatan berhadapan detik mencemaskan di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak (HUS) apabila dirompak oleh dua lelaki tidak dikenali, tengah malam kelmarin.

Insiden berlaku sekitar jam 12 tengah malam ketika mangsa, 21, hendak memasuki kereta.

Dua suspek terbabit dikatakan datang dari arah belakang dan terus mengambil telefon bimbit yang dipegang mangsa, manakala seorang lagi cuba merampas beg sandangnya.

Mangsa bertindak mempertahankan diri meskipun pencuri sempat mengambil jamnya, dan kemudian segera masuk ke dalam kereta.

Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kesan lebam di muka dan lutut.

Lelaki-lelaki itu kemudiannya melarikan diri.

Laporan polis dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Advertisement