Anda di sini

Pasukan Betong muncul juara Petanque MAKSAK Sarawak

Advertisement

KUCHING: Pasukan Betong muncul juara Kejohanan Petanque MAKSAK Sarawak Antara Bahagian yang berlangsung di Arena Petanque Kampung Santubong Ahad lalu.

Dalam perlawanan akhir menentang Kuching B, Betong menghadapi tentangan sengit pasukan lawan yang mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman.

Tempat ketiga dikongsi Kuching A dan Sri Aman.

Kemenangan itu menyaksikan Betong membawa pulang wang tunai, piala dan pingat.

Kategori wanita pula menyaksikan Kuching A muncul juara selepas mengalahkan Bintulu dalam perlawanan akhir.

Betong dan Limbang masing- masing berkongsi tempat ketiga.

Zainal Abidin Ibrahim dan Upin Merang masing-masing dinobatkan sebagai pemain paling senior lelaki serta wanita.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengerusi MAKSAK Bahagian Kuching merangkap Pemangku Residen Bahagian Kuching, Zamahari Saidi.

Seramai 154 peserta mewakili 11 Bahagian seluruh negeri menyertai kejohanan tersebut.

Advertisement