Anda di sini

NREB nafi gagal bertindak selamatkan Sungai Tabuan

Advertisement

TERCEMAR TERUK: Dua orang murid sekolah yang tinggal berdekatan dengan Sungai Tabuan menunjukkan keadaan sungai tersebut. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) membidas kenya-taan seorang timbalan menteri berhubung agensinya gagal menguatkuasakan undang-undang terhadap pemaju mengecilkan Sungai Tabuan yang menyebabkan keke-rapan berlakunya banjir di kawasan berhampiran.

Menurut sumber yang boleh dipercayai oleh agensi berkenaan, pihaknya telah memaklumkan pihak pemaju untuk menjelaskan perkara terbabit sebelum ini.

“Saya sendiri telah ke sana dan pemaju yang dimaksudkan itu telah mengadakan perjumpaan memohon agar mereka memperjelaskan perkara terbabit,” katanya melalui perbualan telefon semalam.

Beliau menambah, sebelum ini pihak agensi telah menjalankan pelbagai program pemulihan dalam tempoh jangka panjang bagi memulih-kan keadaan sungai terbabit.

Selain itu, turut diadakan aktiviti pemungutan sampah dan program menambah baik sungai itu sepanjang tahun yang tidak perlu dipertikaikan, jelasnya.

Isu berkenaan sebelum ini beberapa kali menjadi rungu-tan penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai berkenaan.

Ramai yang mengadu tidak dapat menahan bau dari sungai terbabit dan kebanjiran sampah-sarap di dalam sungai yang kadang kala menyebabkan banjir kilat di kawasan itu.

Banjir kilat juga dipercayai berlaku disebabkan oleh sebahagian daripada kawasan Sungai Tabuan telah dikecilkan oleh pemaju yang membangunkan kawasan berhampiran.

Advertisement