Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah memiliki sebuah kenderaan curi

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam terhadap tuduhan memiliki sebuah kenderaan curi.

Chin Ah Tung, 43, dari Jalan Sealine, Lutong di sini didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati dengan curang menerima atau menyimpan harta curi iaitu sebuah kenderaan jenis Totoya Harrier, berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Brunei BW55xx kepunyaan Mohammad Yusminan Mohd Yusainey.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 5.30 petang, 19 Februari lalu di kawasan Terminal Bas Pujut di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah tertuduh, mahkamah kemudian menetapkan 14 April depan untuk perbicaraan lanjut.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan ikat jamin RM1,500 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Advertisement