Anda di sini

Kuo Yang muncul pemenang saingan dart

Advertisement

KUCHING: Chen Kuo Yang muncul pemenang pertandingan dart elektronik berlangsung di Red Amber di sini.

Biarpun permainan dart elektronik masih asing, Chen tidak berdepan masalah menewaskan Aaron Chan pada perlawanan akhir.

Nicky Lo pula sekadar berpuas hati memenangi tempat ketiga.

Ketiga-tiga mereka mewakili ‘outlet’ tersebut dan berpeluang bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Seramai 18 pemain dart menyertai pertandingan tersebut.

Biarpun permainan dart elektronik agak asing di Kuching, namun sudah popular di Semenanjung Malaysia terutamanya di Lembah Klang.

Setakat ini, beberapa ‘outlet’ di Kuching dan Sibu mula menyediakan konsol dart elektronik.

Advertisement