Anda di sini

Kapasiti 195 juta MLD loji rawatan air LAS mencukupi

Advertisement

SIBU: Kapasiti gabungan pengeluaran air sebanyak 195 juta liter sehari (MLD) dari loji rawatan air Lembaga Air Sibu (LAS) Salim dan Bukit Lima di sini adalah mencukupi untuk memenuhi keperluan penduduk Sibu.

Pengurus Besar Lembaga Air Sibu (LAS), Daniel Wong berkata penggunaan air semasa di bandar ini adalah sebanyak kira-kira 130 MLD.

“Dari segi teknikal, kami mempunyai simpanan air mencukupi iaitu sebanyak 33 peratus,” katanya di sini semalam.

Bagi tujuan ini, katanya, mereka tidak menerima apaapa aduan berkaitan dengan tekanan air rendah di sini.

Ditanya mengenai sambutan orang ramai dalam perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diperkenalkan LAS setakat ini, beliau berkata, tidak banyak peningkatan.

Sistem ini menghantar SMS ke telefon bimbit pelanggan LAS memaklumkan mereka mengenai gangguan perkhidmatan, paip pecah dan mengingatkan mengenai pembayaran bil dan sebagainya.

Menurut laman web LAS, orang ramai boleh menghubungi talian hotline mereka di 084-216311 untuk sebarang maklumat lanjut.

Advertisement