Anda di sini

Kakitangan awam diminta kerap terlibat dalam aktiviti kecergasan, kata Morshidi

Advertisement

KUCHING: Kakitangan awam di negeri ini dinasihatkan agar kerap melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan dan rekreasi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani berkata sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan aktif.

“Ini penting bagi mendokong hasrat kerajaan melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan dan aktif melalui peningkatan tahap fizikal, mental kerohanian dan perwatakan,” katanya pada Program Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) semalam.

Morshidi yang juga Yang Dipertua MAKSAK Sarawak berkata larian itu dianjurkan bagi menggalakkan penjawat awam melibatkan diri dalam budaya sihat.

Selain itu, aktiviti riadah itu juga menjadi landasan bagi kakitangan awam memupukdan mengeratkan hubungan sesama mereka tanpa mengira sempadan kumpulan perkhidmatan dan peringkat jawatan.

Program sehari itu dianjurkan dengan kerjasama MAKSAK Sarawak termasuk 10 agensi kerajaan dan dua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Ia melibatkan penyertaan seramai 975 peserta lelaki dan wanita mewakili 75 jabatan.

Hadir sama Pengerusi MAKSAK Wanita yang juga isteri Morshidi, Puan Sri Datin Amar Saptuyah Suib, Setiausaha Tetap Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Rodziah Morshidi dan Pengarah JKMNS, Abang Shamshudin Abang Seruji.

Advertisement