Anda di sini

Buruh asing dipenjara gara-gara panggil polis ‘syaitan’

Advertisement

MIRI: Gara-gara memanggil polis ‘syaitan’ sambil menghalang anggota polis terbabit menjalankan tugas, seorang buruh warga asing dijatuhi hukuman penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh berasal dari Palopo, Indonesia dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tujuan pengusiran sebaik selesai menjalani hukuman penjara.

Ramli Ahmad, 41, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh menghalang seorang anggota polis daripada menjalankan tugas dengan mengeluarkan kata-kata kesat ‘polis syaitan’ sambil menolak badan anggota terbabit.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada jam 3.15 petang, 27 Februari lalu di hadapan Pejabat Pos Pekan Batu Niah.

Advertisement