Anda di sini

SMK Saratok muncul juara keseluruhan MSS Betong Ke-11

Advertisement

 

BETONG: Sekolah Menen­gah Kebangsaan (SMK) Sara­tok muncul juara Kejohanan Balapan dan Padang MSS Betong Ke-11 untuk kali ke­lapan berturut-turut di Kom­pleks Sukan Betong berakhir kelmarin.

Pengetuanya, Alexander Juing Rimok berkata harapan melahirkan atlet berkuali­ti adalah usaha berterusan pihaknya dalam memban­gunkan bidang sukan dan membentuk disiplin pelajar menerusi sukan.

“Atlet yang dilahirkan menerusi program pemban­gunan sukan sekolah kami menjadikan mereka selang­kah di hadapan dan berjaya melakarkan kejayaan hasil daripada program sepanjang tahun yang disediakan.

“Dalam membentuk atlet yang berjaya, penekanan disiplin pelajar juga harus di­lihat sebagai punca kejayaan mereka. Disiplin yang diam­alkan membuahkan hasil dan kualiti atlet yang berterusan,” katanya ditemui pada majlis penangguhan rasmi kejohanan tersebut di sini kelmarin.

Menurutnya, meskipun sekolah tersebut jauh di luar bandar namun penguasaan dalam sukan berjaya melahir­kan pelajar yang dapat meny­umbangkan pingat untuk kontinjen MSS Betong pada temasya peringkat negeri.

“Harapan kami sebagai pen­eraju pembangunan sukan di Betong agar dapat melahirkan atlet yang berjaya mewakili negeri mahupun kebang­saan,” katanya.

Tambahnya, bukti kes­ungguhan mereka dalam membangunkan sukan dilihat apabila semua kategori yang dipertandingkan dikuasai oleh kontinjen mereka.

“Atlet kami menggondol se­mua kategori termasuk lelaki dan wanita seterusnya pung­gutan pingat emas terbanyak sepanjang kejohanan.

“Penghargaan juga kepada semua atlet terlibat menyum­bang mata kepada kontinjen, jurulatih, guru-guru dan staf sekolah yang memberikan kerjasama yang terbaik ke­pada sekolah,” katanya.

Sementara itu, SMK St Au­gustine Betong muncul naib juara manakala tempat ketiga disandang SMK Kalaka.

Bagi kategori sekolah ren­dah, Zon Kabong dinobatkan sebagai juara seterusnya naib juara disandang Zon Debak manakala tempat ketiga milik Zon Betong.

Advertisement