Anda di sini

JAKIM hulur bantuan nasihat kepada keluarga penumpang

Advertisement

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini semalam menghulurkan khidmat nasihat dan bantuan bagi meredakan kesedihan yang dialami keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang.

Penolong Pengarah Kanannya, Fauziah Razap berkata pihaknya telah menemui beberapa keluarga penumpang yang ditempatkan di The Everly Hotel di sini dan telah memberi nasihat berbentuk ke-Islaman kepada mereka.

Beliau berkata pihak JAKIM juga akan bekerjasama dengan pihak urus setia MAS bagi mengadakan majlis doa selamat dan bacaan Yassin.

“Saya telah berjumpa dengan salah seorang keluarga mangsa. Saya memberikan nasihat supaya mereka reda dan tabah dengan musibah yang melanda ini,” katanya ketika ditemui media.

Fauziah berkata JAKIM turut bersedih dengan kejadian itu dan faham dengan perasaan keluarga mangsa. — Bernama

Advertisement