Anda di sini

ITBM, PUTERA anjur Bengkel Penulisan

Advertisement

MIRI: Bengkel Penulisan akan diadakan di Miri pada 4 hingga 6 April depan di Hotel Dynasti.

Sekitar 50 peserta terdiri daripada penulis mapan yang pernah menghasilkan banyak karya dijangka hadir pada bengkel tersebut.

Mereka ini akan dibimbing dalam penulisan rencana, novel, puisi, cerpen dan skrip oleh penceramah yang diundang khas dari Semenanjung Malaysia.

Bengkel ini bertujuan menggalakkan lebih ramai warga Miri melibatkan diri dalam bidang penulisan dan menerbitkan buku seterusnya memeriahkan penulisan buku di negara ini.

Pada masa yang sama buku atau karya ini akan diterbitkan oleh ITBM pada tahun ini.

Penulis terkemuka tempatan, Jaya Ramba memberitahu bahawa bengkel itu bertujuan mendedahkan para penulis dengan lebih dalam sebagai seorang penulis yang matang.

“Melalui bengkel ini kita mahu penglibatan besar penulis Sarawak dalam melahirkan karya yang bermutu.

“Bengkel ini juga bertujuan mendedahkan cara menulis dengan betul dalam pelbagai genre.

“Selain itu, karya-karya penulis yang menyertai bengkel akan diterbitkan oleh ITBM.

Advertisement