Anda di sini

Wanita perlu memperkasa ekonomi

Advertisement

NGO digesa main peranan aktif perjuang kepentingan wanita: Noorul

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa memainkan peranan lebih aktif dalam memperjuang kepentingan hak wanita selain membantu golongan itu membangunkan kemahiran.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata NGO mampu memainkan peranan sebagai ejen penggerak transformasi yang hebat dalam memperkasa golongan hawa ia lebih dekat dengan masyarakat.

“Kementerian menjadi platform kepada NGO membantu badan itu mendapatkan maklumat mengenai golongan sasar serta memberi khidmat nasihat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Festival Ikal Mayang 2014 bersempena Hari Wanita Sedunia semalam.

Sementara itu, Presiden Women: Girl Low Ngai Yuen berkata festival bertema ‘Biar Pecah di Perut, Jangan Pecah di Mulut’ menjadi wadah dalam memperkasa golongan wanita melalui filem khidmat pesanan masyarakat berdurasi 10 minit yang akan ditayang di stesen televisyen dan atas talian laman sesawang www.womengirls.org.

Beliau berkata sejumlah 10 siri filem pendek diarah enam pengarah wanita dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand. — Bernama

Advertisement